~LCN~
             
         
          Kali ini, saya menyampaikan topik menggambar. Saya memberi peluang untuk anak murid Tahun 1 melukis sebuah gambar dengan garisan dan mewarnakannya.

           Sebelum anak murid saya mula menggambar, saya telah memberi penerangan tentang konsep menggambar dan melukis. Pada masa itu, saya dapati anak murid saya tidak memahami apa yang saya ingin sampaikan. Oleh yang demikian, saya telah mendemonstrasikan cara melukis gambar dengan garisan lalu mewarnakannya.

          Selepas itu, anak murid saya beria-ria untuk mencuba. Saya berasa amat berpuas hati ketika nampak reaksi anak murid tidak sabar untuk menggambar.
  




0 Responses

Post a Comment