~LCN~
Warna adalah tindak balasan cahaya ke atas permukaan atau objek di dalam sekeliling. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu : -

(1) Warna Asas
Warna Asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.


(2) Warna Sekunder
Warna Sekunder merupakan percampuran antara warna asas.
a. Merah + biru = ungu / violet
b. Merah + kuning = orange / jingga
c. Kuning + biru = hijau


(3) Warna Tertier
Warna Tertier terhasil daripada campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder.
a. Merah + ungu = merah ungu
b. Ungu + biru = ungu biru
c. Biru + hijau = hijau biru
d. Hijau + kuning = kuning hijau
e. Kuning + oranye = oranye kuning
0 Responses

Post a Comment