~LCN~

Pada minggu ini, sekolah saya telah masuk musim peperiksaan hujung tahun. Semua murid bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini. Perangai mereka nampaknya penuh dengan keyakinan.

          Untuk memastikan semua murid menumpu perhatian sepenuhnya dalam peperiksaan kali ini, segala aktiviti sekolah telah ditangguhkan, contohnya perjumpaan kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain lagi. Sekolah saya berharap murid-murid mempunyai masa yang lebih untuk  membuat ulangkaji di rumah masing-masing.       
          Di sini, saya ingin mendoakan supaya peperiksaan sekolah saya dapat dijalankan dengan lancar dan anak-anak murid sekolah saya boleh mendapat keputusan yang baik.


 
…Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan…  




Kawasan sekolah kelihatan sunyi sangat kerana peperiksaan tengah dijalankan.



Anak murid saya yang sedang sibuk menjawab kertas soalan peperiksaan.



0 Responses

Post a Comment