Nov
05
~LCN~
Hari ini, marilah kita bersama-sama membuat Gasing Kertas . Sebelum itu, kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan, iaitu kertas tebal, kertas warna, lidi dan gam. Manakala alatan yang perlu digunakan ialah pisau dan gunting.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat Gasing Kertas :
1. Buat bulatan pada kertas tebal.
2.  Tebuk lubang ditengah-tengah. Pastikan lubang itu seimbangan.
3.  Hiaskan kertas tadi dengan kertas warna.
4. Masukkan lidi di tengah-tengah kertas tadi.
  ~ Contoh-contoh Gasing Kertas ~
Nov
04
~LCN~

Fokus Perkembangan : Motor Kasar/ Halus, Kreativiti Estetika
Aktiviti ini adalah Menggunakan tapak tangan untuk teknik capan.
Dengan mewarnakan tapak tangan dan menghasilkan satu capan yang cantik dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan bagi para murid.

Nov
02
~LCN~
Nov
01
~LCN~
Hari ini, saya telah memberi peluang untuk anak murid saya Tahun 1 membuat anyaman berbentuk bunga. Disebabkan murid Tahun 1 masih tidak mahir menggunakan pisau, saya telah siap sedia kertas putih yang telah dipotong.


Selepas saya memberikan penerangan tentang cara-cara membuat anyaman, murid-murid mula menganyam.