~LCN~
Bidang : <B> Mencorak
Aktiviti   : Membuat Corak secara stensilan.
Alatan / Bahan   : Kertas Lukisan, kad manila, pensil warna dan gunting.



Langkah-langkah Untuk Mencorak
Langkah 1
Lukis pelbagai bentuk seperti segi tiga, segi empat, segi lapan, bentuk bintang atau bentuk ‘love’ di kad manila.
~LCN~
Alatan / bahan :
Ø  kertas yang dilipat 2 (saiz yang sesuai), warna (pastel, cat air, pensil warna), gunting gam dan benang.
Cara-cara :
  1. Lukis gambar ikan daripada kertas yang dilipat dan warnakan gambar ikan.
  2. Gunting ikan tersebut. Masukkan kertas renyukan ke dalamnya lalu gamkan keliling. Tujuannya untuk mengembungkan badan ikan maka nampaknya bentuk 3D.
  3. Guna benang untuk menggantung ikan 3D.
~LCN~
 Patung Gelas Polesterin Yang Cantik

                            Bahan & Alatan                         Langkah 1
                                        
 
                              Langkah 2                                Langkah 3

 Cara-cara :

Langkah 1
1. Lipat kertas warna bersilang-silang untuk membentuk tangan.
2. Bentukkan kertas untuk dijadiakan tapak tangan.
3. Lekatkan kedua-dua bahagian tangan yang siap ke sisi.
4. Lukis mata, hidung dan mulut pada gelas polesterin. Kertas warna boleh juga digunakan untuk membentuknya.
Langkah 2
1. Hiaskan kepala gelas tersebut dengan bunga dan reben dari bunga telur terpakai. Benang kait boleh juga digunakan sebagai rambut.
2. Hias bahagian bawah muka dengan reben.
Langkah 3
1. Cantumkan kedua-dua gelas di bahagian bawah dengan menggunakan gam UHU.
2. Hias kedua-dua gelas dengan kertas warna mengikut kreativiti.
~LCN~


>   Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
>   Gosokan ialah pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Contohnya, duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak kasut.
>   Secara gorokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.
>   Tujuannya untuk menghasilkan atau merakamkan pelbagai jalinan pada sesuatu permukaan.