~LCN~
Alatan Yang Diperlukan : 
Kertas lukisan, pensel, pemadam, pisau kecil dan warna poster.

Langkah 1:  
Lukiskan bentuk ikan di permukaan pemadam dengan menggunakan pensel.

Langkah 2:  
Gunakan pisau kecil untuk mengukir bentuk ikan tersebut.

Langkah 3:
Sapukan warna poster di permukaan bentuk ikan.

Langkah 4:
Menerakan gambar ikan di kertas lukisan.

Hasil kerja capan warna:
~LCN~
Alatan Yang Diperlukan : 
Kertas lukisan, pensel, pembaris dan warna poster.

Langkah 1:  
Melukis corak dengan menggunakan pensel dan pembaris. Berikut adalah pelbagai contoh corak garisan :
Langkah 2:  
Warnakan.
~LCN~
Alatan Yang Diperlukan : 
Kotak kertas, kertas warna, gam dan gunting.

Langkah 1:  
Memotong kotak kertas dan membuat bumbung bangunan.
Langkah 2:  
Mengguntingkan kertas warna untuk membuat tingkap dan pintu bangunan.
Langkah 3:
Hiaskan bangunan dengan mengikut kegemaran diri.

Contoh Model Bangunan

~LCN~
Alatan Yang Diperlukan : 
Belon, gam kanji, kertas majung putih, kad manila dan warna poster.

Langkah 1:  
Koyakkan kertas majung putih kecil-kecilan lalu tampal dan penuhkan belon yang telah ditiup dengan menggunakan gam kanji. Ulang langkah sehingga lapisan menjadi tebal lalu jemu di bawah matahari sehingganya kering dan keras.
Langkah 2:  
Setelah kering, menggulungkan kad manila berbentuk selinder sebagai tangkai durian lalu merekatkannya di bahagian atas belon.
Langkah 3:
Mengguntingkan kad manila menjadi semi-D lalu menggulungnya menjadi bentuk kon. Diikuti guntingkan bahagian bawah kon.

Langkah 4:
Lekatkan kon-kon tersebut pada bahagian badan durian sehingga penuh.
Langkah 5:  
Setelah kering, warnakan buah durian dengan menggunakan warna poster.

Hasil Karya Model Durian




~LCN~
Bahan-bahan yang diperlukan : Kertas lukisan, pensel dan pensel warna.
Langkah-langkah :
Langkah 1Melukis paruh burung.

Langkah 2Melukis bahagian kepala burung dan badan burung.

Langkah 3Melukis sayap burung di kiri dan kanan badan burung.

Langkah 4Melukis dahan tempat burung bertenggek dan kaki burung.

Langkah 5Melukis bahagian ekor burung dan mata burung. Lukis gambar bunga, daun, ranting sebagai latar belakang lukisan.

Langkah 6Warnakan hasil.

Contoh-contoh hasil kerja murid :


~LCN~
Alatan & Bahan : Cat air, penyedut minuman dan kertas lukisan.


Contoh-contoh hasil kerja :



~LCN~

Alatan / Bahan : Kertas lukisan, gam, benang bulu, kertas warna, kain dan gunting.
Langkah 1 :
Guntingkan gambar orang di kertas warna.

Langkah 2 :
Tampalkan gambar orang di kertas lukisan dengan menggunakan gam.

Langkah 3 :
Gunakan kertas warna lain untuk menjadikan gambar manusia.

Langkah 4 :
Menghiaskan gambar orang seperti rambut atau pakaian dengan menggunakan kain.

Langkah 5 :
Hasil kerja gunting dan tampal.

Contoh  yang  lain :

~LCN~
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal dari Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Contoh-contoh Origami :

 


 


 
~LCN~
garisan bulatan utama bagi melakar struktur seekor ayam.


menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala.

menambah garisan pada ekor dan kaki.


mengenalpasti cahaya dan jalinan maka terbentuknya lakaran seekor ayam.
~LCN~
Alatan Yang Diperlukan :  Botol, benang bulu yang berlainan warna, perekat dan gunting.

Langkah 1:  
Menggamkan benang bulu di bahagian luar botol.

Langkah 2:  
Gunakan benang bulu yang berlainan warna menghiaskan botol.

Langkah 3:
Buat ikatan di bahagian luar botol dengan benang bulu.

Contoh-contoh hasil karya PASU BUNGA :