~LCN~
Untuk memperkenalkan kraf tradisional di Malaysia kepada anak murid tahun satu, saya telah menyampaikan pengajaran mewarnakan gasing semasa waktu Pendidikan Seni Visual. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya memberitahu murid-murid bahawa gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Selepas itu, saya menyediakan gambar gasing yang telah siap lukis kepada semua anak murid saya lalu menunjukkan cara-cara untuk mewarnakan gasing dengan cantik dan kemas.
 Gambar A                        Gambar B


Gambar A adalah bentuk gasing yang dilukis oleh saya dengan menggunakan pensel lalu dihitamkan garisan dengan menggunakan pen marker.
Gambar B adalah karya lukisan yang telah siap diwarna oleh saya dengan menggunakan kraya. Karya lukisan ini merupakan sebagai contoh untuk ditunjuk kepada murid-murid saya.

0 Responses

Post a Comment