~LCN~
Hari ini, sekolah saya telah mengadakan pameran buku mulai jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang. Dengan adanya pameran buku ini, murid-murid berpeluang untuk memilih buku cerita, buku rujukan, komik dan alatan tulis untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka di samping menjadikan buku teman setia mereka.   
Pelbagai jenis buku cerita yang dilukis dengan gambar cantik dan menarik. 


  
Murid-murid sedang sibuk memilih buku cerita yang digemari olehnya.



Nampaknya, murid-murid lebih cenderung memberi alat tulis terutamanya alat tulis yang berjenama 'angry bird'.
Tambahan pula, pameran buku ini akan memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang buku-buku terkini di pasaran bersesuaian dengan tahap usia mereka serta selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid sekolah.

0 Responses

Post a Comment